Assalamualaikum wbt.
Alhamdullillah...akhirnya dapat mehra menulis tentang emas. Setelah bermacam alasan akhirnya kata hati sudah tidak mampu ditahan. Rugi raanya tidak dapat berkongsi apa yang kita tahu, walau sedikit dengan hamba Allah yang lain.
MEHRA baru belajar menulis blog. Andai ada yang kurang pembaca sila bagi teguran ya. Apa yang tahu, tak sabar nak kongsi itu je. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca.
Sory mehra melalut jauh. Tadi kata nak kenal emaskan. Emas adalah logam kuning. Antara mineral yang sedikit wujudnya di bumi Allah. Tapi bukan paling sedikit. Apa logam paling sedikit Allah wujudkan di bumiNya ini. Uranium. Uranium logam paling sukar dan kurang. Tapi itulah kehebatan emas yang Allah dah tentukan. Emas telah ditakdirkan menjadi kegilaan manusia baik lelaki maupun perempuan.
"Dikisahkan ketika Nabi Adam diusir dari syurga, semua makhluk bersedih kecuali emas. Lalu Allah bertanya kepadanya, kenapa ia tidak bersedih seperti yang lain. Maka jawab emas " kenapa harus aku bersedih, sedangkan Adam dan Hawa sudah melanggar perintah Allah dengan memakan buah larangan". Sejak dari itu Allah menjadikan emas sebagai barang yang dipandang tinggi oleh manusia.
Saat Sukami, Pelaburan Emas
Alhamdullillah.....untuk kali ini perkongsian saya. Doakan moga saya mampu berkongsi lagi.